Wednesday, 19 June 2013

CEKAL @ PUTRAJAYA 30 JUN 2013

Jom Kayuh CEKAL @ PUTRAJAYA 30 JUN 2013 sempena Jelajah 1 Malaysia 2013

ATURCARA 
CEKAL @ PUTRAJAYA
(PROGRAM PEMBANGUNAN CILIK BERBASIKAL) 
Ahad 30hb JUN 2013
DATARAN PUTRAJAYA PRESINT 3
PUTRAJAYA 

 7.30 pagi Pendaftaran
 8.30 pagi Taklimat/KlinikBasikal
 9. 00 pagi Kanak-kanak 7 tahun ke bawah (16”)
                  Kanak-kanak 9 tahun ke bawah (20”)
                 12 tahun ke bawah (single speed 20”/BMX) – Kriterium 2-3km 1 pusingan
                 15 tahun ke bawah (mtb ) lelaki - Kriterium 2-3km 2 pusingan
                 17 tahun ke bawah (rb - beginner) - Kriterium 2-3km 4 pusingan
                 Terbuka Wanita- Kriterium 2-3km 3 pusingan
                 14-16 tahun (rb –jemputan/pelapis negeri) Kriterium 2-3km 4 pusingan
                 18 tahun ke bawah (mtb) (2-3km ) 4 pusingan
                 Veteran 40 tahun ke atas lelaki- Kriterium 2-3km 4 pusingan
                 Terbuka Lelaki (mtb ) 19 -39 tahun (2-3km) 5 pusingan
 1.30 tgh    Kategori Akhir Tamat
 2.00 tgh    Penyampaian Hadiah
 2.20 tgh    Acara Selesai / Jelajah 1 Malaysia Tiba


 Syarat- syarat Penyertaan CEKAL 

1. Acara ini terbuka hanya kepada pelajar sekolah rendah dan menengah kecuali pelajar sekolah sukan,      atlet berbasikal negeri dan Negara.

2. Kiraan umur mengikut tahun kelahiran

3. Penyertaan terbuka untuk semua warganegara

4. Peserta diwajibkan membayar yuran penyertaan (sekali) RM50 untuk mendapatkan kemeja-T, sijil penyertaan dan lesen berbasikal dari PKBM (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia).

5. Peserta yang sudah memiliki lessen PKBM/ Cycling For All (CFA) hanya perlu membayar yuran penyertaan RM10.00 sahaja Kenapa perlu mendapatkan ‘Lesen PKBM’?
a) Acara ini dianjurkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia(PKBM)
b) Penyertaan peserta berlesen akan mendapat ‘lindungan insuran’ semasa bertanding.
c) Selain itu dengan adanya lesen, PKBM dapat mengumpul data pelumba-pelumba untuk menjadikan  pelumba pelapis dalam untuk jangkamasa tiga ke lima tahun akan datang.

6. Setiap Peserta perlu mematuhi undang-undang keselamatan jalanraya semasa berlumba dan juga memakai ‘helmet’ dan kasut semasa di dalam perlumbaaan.

7. Keputusan perlumbaan adalah muktamad oleh pihak ‘Komisar’ (PengadilPerlumbaan yang diiktiraf (PKBM). Yuran sebanyak RM50 dikenakan bagi sebarang bantahan.

8. Setiap peserta (kategori bwh7, 9, 12 & 15 tahun) perlu mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga seperti disediakan dalam borang pendaftaran.

9. Pihak penganjur hanya akan menawarkan hadiah untuk tempat pertama hingga ketiga sahaja dalam bentuk medal dan sijil.

No comments:

Post a Comment