PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini altlet-atlet berbasikal kebangsaan telah banyak mencapai keputusan yang amat membanggakan. Nama seperti Azizul Hasni Awang, Fatehah Mustafa, Adiq Husaini dan Amir Mustaffa telah mewakili Negara ke Sukan Olimpik London 2012 sementara itu Mohamad Hariff Salleh pula telah megetuai pasukan TSG dan mengungguli UCI Asia sebagai pasukan nombor satu Asia untuk tahun 2012.
Kecemerlangan atlet-atlet ini sudah pasti membanggakan Malaysia. Perkembangan ini telah menimbulkan minat rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dalam sukan berbasikal dengan mendadak. Ini dapat dilihat dengan adanya pelbagai penganjuran acara-acara kayuhan berlansung sepanjang tahun. Usaha PKBM juga memperkenalkan GP Kebangsaan telah banyak membantu pasukan-pasukan negeri untuk aktif membawa atlet mereka untuk bertanding sejak beberapa tahun ini.
Perkembangan positif ini sudah pasti memerlukan kesinambungan khususnya mencari bakat-bakat baru dari peringkat sekolah rendah dan menengah. Usaha ini adalah untuk memastikan ramai lagi pelapis-pelapis akan diwujudkan untuk meneruskan penyediaan atlet-atlet berbasikal untuk menyarung jersi Negara ke kejohanan-kejohanan terkemuka di benua Asia dan Dunia.
Untuk tahun 2013 kami akan memperkenalkan PROGRAM PEMBANGUNAN CILIK BERBASIKAL (CEKAL) dalam usaha mencungkil bakat-bakat baru dan memberi ruang kepada ibubapa mempertengahkan anak-anak mereka yang berbakat dan minat dalam sukan lumba basikal
OBJEKTIF
Menganjur kejohanan-kejohanan kecil setiap 2 minggu khusus untuk peringkat umur 12 tahun ke bawah dan 15 tahun ke bawah.
Menggalakan ibubapa memberi sokongan kepada anak-anak berkecimpung dalam sukan berbasikal
Menjadikan satu program berterusan di mana Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) akan senaraikan sukan berbasikal sebagai sukan wajib seperti bola sepak dan olahraga.
KATEGORI DI PERTANDINGKAN
Acara Utama
a) Bawah 12 tahun (single speed 20”/BMX) – Kriterium 2-3km 2 pusingan
b) Bawah 15 tahun (single speed 20”/BMX) - Kriterium 2-3km 2 pusingan
c) Bawah 15 tahun (mtb 26”) lelaki - Kriterium 2-3km 4 pusingan
d) Bawah 15 tahun (mtb 26”) wanita - Kriterium 2-3km 4 pusingan
e) Bawah 18 tahun (mtb 26”) bawah 18 tahun (2-3km ) 6 pusingan
f) Terbuka Lelaki (mtb 26”) 19 -39 tahun (2-3km) 6 pusingan
Acara Sokongan
a) Veteran 40 tahun ke atas lelaki- Kriterium 2-3km 5 pusingan
b) Terbuka Wanita- Kriterium 2-3km 5 pusingan
c) Kanak-kanak bawah 9 tahun (20”)
d) Kanak-kanak bawah 7 tahun(16”)
ATURCARA
CEKAL @ SHAH ALAM
(PROGRAM PEMBANGUNAN CILIK BERBASIKAL)
Ahad 16hb JUN 2013
Tasik Shah Alam, Shah Alam
Selangor
7.00 pagi Pendaftaran
8.00 pagi Taklimat/KlinikBasikal
8.30 pagi Kanak-kanak bawah 7 tahun (16”)
Kanak-kanak bawah 9 tahun (20”)
Bawah 12 tahun (single speed 20”/BMX)
Bawah 12 tahun (24” fixie)
Bawah 15 tahun (mtb 26”) lelaki
Bawah 15 tahun (mtb 26”) wanita
Bawah 18 tahun (mtb 26”) lelaki
Veteran 40 tahun ke atas lelaki
Terbuka Wanita
Terbuka Lelaki (19-39 tahun)
12.30 tgh Kategori Akhir Tamat
12.45 tgh Penyampaian Hadiah
1.20 tgh Acara Selesai
Syarat- syarat Penyertaan CEKAL
1. Acara ini terbuka hanya kepada pelajar sekolah rendah dan menengah kecuali pelajar sekolah sukan, atlet berbasikal negeri dan Negara.
2. Kiraan umur mengikut tahun kelahiran
3. Peyertaan terbuka untuk semua warganegara
4. Peserta diwajibkan membayar yuran penyertaan (sekali) RM50 untuk mendapatkan kemeja-T, sijil penyertaan dan lesen berbasikal dari PKBM (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia).
5. Peserta yang sudah memiliki lessen PKBM/ Cycling For All (CFA) hanya perlu membayar yuran penyertaan RM10.00 sahaja
Kenapa perlu mendapatkan ‘Lesen PKBM’?
a) Acara ini dianjurkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia(PKBM)
b) Penyertaan peserta berlesen akan mendapat ‘lindungan insuran’ semasa bertanding.
c) Selain itu dengan adanya lesen, PKBM dapat mengumpul data pelumba-pelumba untuk menjadikan pelumba pelapis dalam untuk jangkamasa tiga ke lima tahun akan datang.
6. Setiap Peserta perlu mematuhi undang-undang keselamatan jalanraya semasa berlumba dan juga memakai ‘helmet’ dan kasut semasa di dalam perlumbaaan atau kayuhan santai.
7. Keputusan perlumbaan adalah muktamad oleh pihak ‘Komisar’ (PengadilPerlumbaan yang di iktiraf PKBM). Yuran sebanyak RM50 dikenakan bagi sebarang bantahan.
8. Setiap peserta (kategori bwh7, 9, 12 & 15 tahun) perlu mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga seperti disediakan dalam borang pendaftaran.
9. Pihak penganjur hanya akan menawarkan hadiah untuk tempat pertama hingga ketiga sahaja dalam bentuk medal dan sijil.